Lokasi : Air Terjun Sg. Lepoh Pangsun Ulu Langat Selangor
Members : Aidil Wafiy , Arab , Faes , Aizad , Razi
Filmed on Sony Ericsson W995 (8.1 Megapixels)
*Maaf video sedikit bergegar
Assalamualaikum !
Amacam air terjun kat sini ? best ? Ada rasa nak datang tak ? haha...
Mari la datang Hulu Langat Selangor singgah di Sg. Lepoh Pangsun. Hanya memerlukan 40 minit mendaki dari kaki gunung untuk sampai ke destinasi. Tak nak g air terjun pon boleh. Masih ada tempat bermandi manda kat kaki gunung tu. Tapi bagi mereka yang sukakan aktiviti yang mencabar sila lah memanjat gunung untuk merasakan kesejukan dan kesegaran air terjun di tempat tinggi. Pastinya anda berpuas hati setelah tiba di Air terjun Sg. Lepoh Pangsun.
#klik pada gambar untuk pemandangan yang lebih jelas
Anda tidak perlu risau untuk mengupah guide. Laluan untuk sampai ke destinasi telah disediakan.
Anda dinasihati jangan pergi seorang diri. Korang mestilah pergi secara berkumpulan dan ramai. Ditakuti ada sebarang kecemasan atau apa-apa yang tak diingini berlaku. Wallahualam...Yang pastinya tempat ny memang terbaik ! Penat lelah sakit badan kaki berdarah kena gigit dengan pacat tak hirau dah bila dah dengar bunyi air terjun dari jauh. Perrghhh ! memang tak sabar nak sampai beb ! Terbayar segala kepenatan !
Kepada penggemar2 mendaki dan mandi di air terjun. Ini merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dijejaki. Kalau anda ingin datang ke sini. Search di Google Map Pangsun Hulu Langat , Selangor.
Sampai sini saja penjelajahan kami. Terima kasih kerana membaca.
Assalamualaikum !
Best Tue..,
ReplyDeletememang sangat best broo !
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete