Destinasi aku pada kali ini ialah Sungai Congkak yang terletak di Hulu Langat Selangor. Apa yang menaaaarik tentang tempat ini ialah kawasan persekitarannya yang sangat tenang , bunyi-bunyi hutan semulajadi seperti burung cengkerik serta pohon-pohon yang tinggi menghijau. Jauh dari kesibukan kota yang sesak bising serabut meracau. Jiwa korang akan tenang beb bila sampai tempat ni. Aku sendiri sudah merasai ketenangan dan keseronokan bila berada di sini.
Kepada korang yang nak makan sedap murah dan menepati bajet korang. Korang bawak la makanan sendiri. Betul tak ? =) Tengok la gambar-gambar kat bawah ni. Bukan main selera dorang makan. Kat atas jalan je beb. Tak sempat da nak cari meja kerusi untuk makan dengan tertibnya.haha. Apela sangat. Tok nenek moyang kita dulu makan bersila atas tanah slumber jek.
Yang suka kan ber-barbeque ber bakar-bakar tu. Kat sini ada jugak menyediakn tempat membakar. Tapi , adalah lebih baik korang bawak korang punya sendiri. Sebab lebih terjamin kebersihan dan kehalalannya. Kenapa babitkan halal pulak ? Yelaaaaaa , mana la tau yang guna sebelum ni orang bukan islam. dorang wat bakar makanan kegemaran dorang. Mana la tauuuu....
Nak wat aksi yang macam ni ?
Pastikan korang cari kawasan yang airnya dalam dulu laa dan mempunyai keyakinan yang kuat dan hati yang kering. Jangan kat tempat cetek pun korang nak loncat berlipat. Patah riuk pulak tulang temulang korang !
Sungai Congkak juga salah satu tempat yang menarik untuk fotografer-fotografer nak photoshoot ke. Sebaaaab... background dan persekitaran kat sini cukup indah dan mempersonakan !
Sampai sini sahaja cerita aku. Kalau korang tahu lebih lanjut tentang tempat ni. Korang datanglah sendiri dan merasai keindahan suasana disini.
Assalamualaikum !
aku ni tebe> hahahahahaha thx razi.. :)
ReplyDeletetengkiu tengkiu ! hehehe i like u hahha
ReplyDeletewah happy sungguh bila dapat air...
ReplyDeletedah mcm khanak-khanak pon ada..haha
Deletehidop ni jgn tension2 sgt..mesti kena riadah